VANCOUVER, British Columbia, April 24, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) — Algernon Pharmaceuticals Inc. (CSE: AGN) (FRANKFURT: AGW) (OTCQB: AGNPF) (“syarikat” atau “Algernon”) sebuah syarikat pembangunan farmaseutikal peringkat klinikal, dengan sukacita mengumumkan bahawa mereka telah menerima kelulusan daripada Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat di Korea Selatan, serta kelulusan etika untuk kajian klinikal COVID-19 Fasa 2 yang diketuai oleh penyelidik, untuk ubat NP-120 (Ifenprodil) yang diubah tujuan, yang merupakan antagonis reseptor NMDA.
Ketua Penyelidik Utama ialah Dr. Dong Sik Jung, Profesor, dalam Bahagian Penyakit Berjangkit di Hospital Universiti Dong-A, Busan.Percubaan selama 4 minggu untuk 40 pesakit ini direka bentuk untuk menguji kesan Ifenprodil dalam pesakit yang dijangkiti COVID-19 dengan pneumonia yang teruk. Pesakit dirawakkan secara 1:1 untuk menerima sama ada standard penjagaan (SOC) atau SOC dengan Ifenprodil. Hasil utama akan merupakan kadar fungsi paru-paru mereka meningkat dengan mengukur paras oksigen di dalam darah (Pa02/Fi02). Hasil sekunder akan merangkumi kematian, kadar ventilasi mekanikal dan pesakit yang melaporkan kesan terhadap batuk dan sesak nafas (dispnea). Pendaftaran dalam percubaan klinikal fasa 2 dijangka akan bermula pada 8 Mei 2020.“Percubaan manusia pertama bagi Ifenprodil dalam kalangan pesakit COVID-19 merupakan satu langkah ke hadapan dengan program penyelidikan klinikal kecederaan paru-paru akut baharu kami,” kata Christopher J. Moreau, CEO Algernon. “Data positif Fasa 2 akan menjadi perkembangan penting sementara kami terus menyiasat potensi terapeutik Ifenprodil sebagai rawatan COVID-19, di samping memajukan program fibrosis pulmonari idiopati dan batuk kronik.”Syarikat tersebut mengingatkan bahawa walaupun mereka sedang bersiap sedia untuk memulakan percubaan klinikal Fasa 2 tidak lama lagi di Korea Selatan, mereka tidak membuat sebarang tuntutan tersurat atau tersirat bahawa NP-120 (Ifenprodil) ialah rawatan yang berkesan untuk kecederaan paru-paru akut (ALI), virus COVID-19, atau sebarang keadaan perubatan lain buat masa ini.Perihal NP-120 (Ifenprodil)NP-120 (Ifenprodil) merupakan reseptor N-metil-D-aspartat (NMDA) antagonis reseptor yang secara khususnya menyasarkan jenis NMDA subunit 2B (Glu2NB). Ifenprodil mencegah pengisyaratan glutamat. Reseptor NMDA ditemukan pada banyak tisu termasuk sel paru-paru dan sel T, neutrofil.Syarikat yakin NP-120 boleh mengurangkan infiltrasi neutrofil dan sel T ke dalam paru-paru yang masing-masing boleh mengeluarkan glutamat dan sitokin. Pengeluaran sitokin boleh menyebabkan ribut sitokin sangat bermasalah yang menyumbang kepada kehilangan fungsi paru-paru dan akhirnya kematian seperti yang dilaporkan dalam pesakit yang dijangkiti COVID-19. Perihal Algernon Pharmaceuticals Inc. Algernon ialah sebuah syarikat ubah tujuan ubat yang mengkaji ubat sudah diluluskan untuk penggunaan penyakit baharu, melakukannya secara berkesan dan selamat dalam percubaan manusia yang baharu, membangunkan formulasi baharu dan mendapatkan kelulusan kawal selia baharu dalam pasaran global. Algernon secara khususnya menyiasat sebatian yang belum pernah diluluskan di A.S. atau Eropah untuk mengelakkan penulisan preskripsi luar label.Algernon telah memfailkan hak harta intelektual baharu untuk NP-120 (Ifenprodil) secara global untuk rawatan penyakit pernafasan dan sedang berusaha untuk membangunkan bahan boleh suntik proprietari dan formulasi keluaran perlahan.MAKLUMAT HUBUNGANChristopher J. Moreau
CEO
Algernon Pharmaceuticals Inc.
604.398.4175 samb 701
[email protected]
[email protected]
www.algernonpharmaceuticals.com CSE tidak bertanggungjawab ke atas kecukupan atau ketepatan siaran ini.Bursa Sekuriti Kanada mahupun Pengawal Atur Pasarannya (sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam dasar Pertukaran Sekuriti Kanada) tidak bertanggungjawab atas kecukupan atau ketepatan siaran ini. Bursa Sekuriti Kanada tidak pernah dalam sebarang cara meluluskan merit untuk transaksi yang dicadangkan mahupun meluluskan atau tidak meluluskan kandungan siaran akhbar ini.PERNYATAAN PENAFIAN PERINGATAN: Tiada Bursa Sekuriti telah menyemak mahu pun menerima tanggungjawab untuk kecukupan atau ketepatan kandungan siaran berita ini. Siaran berita ini mengandungi pernyataan prospektif berkaitan dengan isu pembangunan produk, pelesenan, komersialisasi dan pematuhan kawal atur dan pernyataan yang bukan fakta bersejarah. Pernyataan prospektif kerap dikenal pasti dengan istilah seperti “akan” “mungkin”, “patut”, “menjangkakan”, “mengharapkan” dan ungkapan serupa yang lain. Semua pernyataan selain pernyataan fakta sejarah, termasuk dalam siaran ini merupakan pernyataan prospektif yang melibatkan risiko dan ketidaktentuan. Tiada jaminan bahawa pernyataan sedemikian akan terbukti tepat dan keputusan sebenar dan kejadian masa depan akan berbeza secara material daripada yang diramal dalam pernyataan sedemikian. Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar menjadi berbeza secara material daripada jangkaan Syarikat termasuklah kegagalan untuk memenuhi keadaan bursa sekuriti berkaitan dan risiko lain yang diperincikan dari masa ke masa dalam pemfailan dibuat oleh Syarikat dengan peraturan sekuriti. Pembaca diingatkan bahawa anggapan yang digunakan dalam penyediaan sebarang maklumat prospektif yang mungkin tidak betul. Peristiwa atau kejadian boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang diramalkan, disebabkan pelbagai risiko diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan, dan faktor lain, yang kebanyakannya di luar kawalan Syarikat. Pembaca diingatkan untuk tidak meletakkan kebergantungan tidak wajar pada sebarang maklumat prospektif. Maklumat sedemikian, walaupun dianggap munasabah oleh pengurusan pada waktu penyediaan, mungkin terbukti tidak betul dan keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang diramalkan. Pernyataan prospektif yang terkandung dalam siaran berita ini jelas dinyatakan oleh pernyataan peringatan ini. Pernyataan prospektif yang terkandung dalam siaran berita ini dibuat setakat tarikh siaran berita ini dan Syarikat ini akan mengemas kini atau menyemak semula secara umum sebarang pernyataan prospektif yang disertakan sebagaimana yang diwajibkan oleh undang-undang terpakai.
Bay Street News