Algernon Mengumumkan Pemfailan Permintaan Mesyuarat Pra-IND FDA A.S. Untuk Percubaan Coronavirus Ifenprodil, Akses Dikembangkan dan Kegunaan Kecemasan

VANCOUVER, British Columbia, March 16, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) — Algernon Pharmaceuticals Inc. (CSE: AGN) (FRANKFURT: AGW) (OTCQB: AGNPF) (“Syarikat” atau “Algernon”) sebuah syarikat pembangunan farmaseutikal peringkat klinikal dengan sukacitanya mengumumkan mereka telah memfailkan permintaan mesyuarat pra-IND (Investigational New Drug) dengan FDA A.S. Ini memulakan komunikasi formal dengan FDA A.S. berkenaan pembangunan ubat NP-120 (Ifenprodil) yang melalui tujuan semula oleh Syarikat untuk rawatan dan pencegahan kecederaan paru-paru akut (ALI) dan sindrom distres pernafasan akut yang dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 (coronavirus). Permintaan untuk mesyuarat pra-IND disertai dokumen taklimat pra-IND yang lengkap.
Dalam permohonan ini, Syarikat telah meminta hala tuju berkenaan penggunaan bahan boleh suntik proprietari baharu yang dirancang dan formulasi keluaran perlahan oleh Algernon dan juga penggunaan bekalan ubat Ifenprodil Syarikat yang tersedia buat masa ini, untuk percubaan klinikal AS pada dasar penggunaan kecemasan. Pemfailan ini juga merangkumi pengesahan laluan akses dikembangkan, juga dikenali sebagai laluan “penggunaan berbelas kasihan”.Keputusan untuk memfailkan dengan FDA A.S., dibuat selepas kajian bebas terkini mendapati bahawa Ifenprodil mengurangkan ALI dan meningkatkan kebolehmandirian secara ketara dalam satu kajian haiwan dengan tikus yang dijangkiti H5N1 Asia sebanyak 40%. H5N1 Asia merupakan sejenis influenza paling berbahaya yang dikenal pasti sehingga hari ini dengan kadar kematian lebih 50%. Ubat ini juga sebelum ini ditunjukkan dalam satu kajian berasingan untuk memanjangkan kebolehmandirian dalam keadaan anoksik (rendah oksigen), sebagaimana yang boleh berlaku kepada pesakit dengan fungsi paru-paru yang terjejas dengan teruk.Latar Belakang Kajian Haiwan H5N1 Ifenprodil:Satu pendekatan interferens RNAi seluruh genom untuk mengenal pasti genetik yang membantu pemulihan kebolehhidupan sel selepas jangkitan H5N1, membawa kepada pengenalpastian antagonis reseptor NMDA iaitu Ifenprodil, yang apabila diuji terhadap model jangkitan H5N1 haiwan menunjukkan:Skor peresapan leukosit dan kecederaan paru-paru yang ketara menurun pada paru-paru yang terjejas Memperbaiki tisu paru-paru tikus yang dijangkiti edema dengan ketaraMeningkatkan kebolehmandirian tikus yang dijangkiti H5N1 dengan ketara sebanyak 40%Pautan Kajian: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6906739/“Ini merupakan langkah yang sangat penting untuk Syarikat semasa kita bergerak ke hadapan dengan kepercayaan kukuh kita, berdasarkan data, bahawa NP-120 (Ifenprodil) boleh menjadi rawatan berkesan untuk coronavirus (COVID-19),” kata Christopher J. Moreau, CEO di Algernon Pharmaceuticals. “Saya mahu berterima kasih kepada seluruh pasukan Algernon atas kerja keras dan dedikasi sejak minggu lepas dalam menyediakan permohonan pra-IND kami. Kami akan mengemas kini pasaran tidak lama lagi tentang hala tuju yang kami terima daripada FDA A.S. dan berdasarkan keadaan, kami berharap untuk mendapat respons yang pantas.”Perihal NP-120 (Ifenprodil)NP-120 (Ifenprodil) merupakan reseptor N-metil-d-aspartat (NDMA) antagonis reseptor glutamat khususnya menyasarkan jenis NMDA subunit 2B (Glu2NB). Ifenprodil juga menunjukkan aktiviti agonis untuk reseptor Sigma-1, protein caperon kawal atur menaik semasa tekanan retikulum endoplasmik. Walaupun aktiviti anti-fibrotik Ifenprodil dalam IPF tidak diketahui, kajian baru telah menunjukkan kaitan antara kedua-dua reseptor dan laluan yang dikaitkan dengan fibrosis.Glutamat (Glu) merupakan neurotransmiter keterujaan utama yang bertindak pada reseptor glutamat dalam sistem saraf pusat (CNS) tetapi pengaktifan reseptor ini yang melampau boleh menyebabkan beberapa kerosakan kepada sel neural termasuk kematian. Kajian baru menunjukkan bahawa agonis glutamat N-metil-d-aspartat (NMDA) boleh mencetuskan kecederaan paru-paru akut (ALI). ALI merupakan kecederaan langsung dan tidak langsung kepada sel epitelial alveolar dan sel endotelial kapilari, menyebabkan ruang antara pulmonari dan edema alveolar dan kegagalan pernafasan hipoksik akut. ALI dicirikan oleh jisim dan pematuhan paru-paru yang berkurangan dan ketidakseimbangan pada nisbah pengudaraan/perfusi, termasuk hipoksemia dan distres pernafasan dan tahapnya yang teruk (indeks oksigen <200) dikenali sebagai sindrom distres pernafasan akut (ARDS). (1) Tambahan lagi, dapatan patologi menunjukkan bahawa 64% pesakit ARDS boleh mengalami fibrosis pulmonari semasa pemulihan (2).NP-120 (Ifenprodil) pada mulanya dibangunkan oleh Sanofi pada 1970-an dalam pasaran Perancis dan Jepun untuk rawatan gangguan peredaran. Ubat ini dijadikan umum dan dijual di Jepun dan Korea Selatan dan digunakan untuk merawat keadaan neurologi tertentu.Perihal Algernon Pharmaceuticals Inc. Algernon Pharmaceuticals merupakan syarikat pembangunan farmaseutikal peringkat klinikal yang berfokus pada pembangunan kompaun pendahulu untuk steatohepatitis tanpa alkohol (NASH), penyakit buah pinggang kronik (CKD), penyakit usus rengsa (IBD), fibrosis pulmonari idiopati (IPF) dan batuk kronik.Algernon telah memfailkan hak harta intelektual baharu untuk NP-120 (Ifenprodil) untuk rawatan penyakit pernafasan dan sedang berusaha untuk membangunkan bahan boleh suntik proprietari dan formulasi keluaran perlahan.MAKLUMAT HUBUNGANChristopher J. Moreau
CEO
Algernon Pharmaceuticals Inc.
604.398.4175 samb. 701
[email protected]
[email protected]
www.algernonpharmaceuticals.com
CSE tidak bertanggungjawab ke atas kecukupan atau ketepatan siaran ini.
Bursa Sekuriti Kanada mahupun Pengawal Atur Pasarannya (sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam dasar Pertukaran Sekuriti Kanada) tidak bertanggungjawab atas kecukupan atau ketepatan siaran ini. Bursa Sekuriti Kanada tidak pernah dalam sebarang cara meluluskan merit untuk transaksi yang dicadangkan mahupun meluluskan atau tidak meluluskan kandungan siaran akhbar ini.
PERNYATAAN PENAFIAN PERINGATAN: Tiada pihak berkuasa kawal atur sekuriti atau bursa saham telah menyemak mahu pun menerima tanggungjawab untuk kecukupan atau ketepatan kandungan siaran berita ini. Siaran berita ini mengandungi pernyataan prospektif berkaitan dengan isu pembangunan produk, pelesenan, komersialisasi dan pematuhan kawal atur dan pernyataan yang bukan fakta bersejarah. Pernyataan prospektif kerap dikenal pasti dengan istilah seperti “akan” “mungkin”, “patut”, “menjangkakan”, “mengharapkan” dan ungkapan serupa yang lain. Semua pernyataan selain pernyataan fakta sejarah, termasuk dalam siaran ini merupakan pernyataan prospektif yang melibatkan risiko dan ketidaktentuan. Tiada jaminan bahawa pernyataan sedemikian akan terbukti tepat dan keputusan sebenar dan kejadian masa depan akan berbeza secara material daripada yang diramal dalam pernyataan sedemikian. Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar menjadi berbeza secara material daripada jangkaan Syarikat termasuklah kegagalan untuk memenuhi keadaan bursa sekuriti berkaitan dan risiko lain yang diperincikan dari masa ke masa dalam pemfailan dibuat oleh Syarikat dengan peraturan sekuriti. Pembaca diingatkan bahawa anggapan yang digunakan dalam penyediaan sebarang maklumat prospektif yang mungkin tidak betul. Peristiwa atau kejadian boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang diramalkan, disebabkan pelbagai risiko diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan, dan faktor lain, yang kebanyakannya di luar kawalan Syarikat. Pembaca diingatkan untuk tidak meletakkan kebergantungan tidak wajar pada sebarang maklumat prospektif. Maklumat sedemikian, walaupun dianggap munasabah oleh pengurusan pada waktu penyediaan, mungkin terbukti tidak betul dan keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang diramalkan. Pernyataan prospektif yang terkandung dalam siaran berita ini jelas dinyatakan oleh pernyataan peringatan ini. Pernyataan prospektif yang terkandung dalam siaran berita ini dibuat setakat tarikh siaran berita ini dan Syarikat ini akan mengemas kini atau menyemak semula secara umum sebarang pernyataan prospektif yang disertakan sebagaimana yang diwajibkan oleh undang-undang terpakai.(1) https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5938426/
(2) https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19909524 

Bay Street News

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search