Bay Street News

Ingredion Incorporated Melaporkan Hasil Suku Tahun Pertama 2020

EPS* yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun pertama 2020 masing-masing ialah $1.11 dan $1.59 berbanding masing-masing $1.48 dan $1.53 pada suku tahun ketiga 2019Disebabkan ketidakpastian kesan COVID-19, Syarikat telah menentukan bahawa panduan yang sebelumnya bagi ramalan EPS tahun 2020 yang penuh, aliran tunai daripada operasi dan jualan bersih tidak lagi boleh diguna pakaiWESTCHESTER, Ill., May 08, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) — Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), peneraju global dalam pembekalan penyelesaian bahan kepada pelbagai industri, hari ini melaporkan hasil bagi suku tahun pertama 2020. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2020 dan 2019, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.“Pada waktu yang mencabar ini, operasi Ingredion dianggap ‘penting’ untuk mengekalkan bekalan makanan di negara yang kami jalankan beroperasi,” kata Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif Ingredion. “Saya amat berbangga dengan pekerja barisan hadapan kami kerana komitmen mereka dalam memastikan kami terus menyampaikan bahan dan penyelesaian yang berkualiti kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Saya juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja global kami atas tenaga dan dedikasi hebat yang telah mereka tunjukkan sejak bermulanya krisis ini. Dalam minggu dan bulan yang akan datang, kami akan terus menumpukan perhatian dalam memastikan pekerja kami selamat, memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan komuniti di tempat kami beroperasi dan mengekalkan kesinambungan perniagaan.”*Pendapatan dicairkan sesaham yang dilaraskan (“EPS yang dilaraskan”), pendapatan operasi yang dilaraskan, dan kadar cukai pendapatan efektif dilaraskan ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Lihat seksyen II Maklumat Kewangan Tambahan yang bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran GAAP A.S. yang paling dapat dibandingkan dengan langsung.“Kami berasa sukacita dengan hasil operasi dan kewangan untuk suku pertama. Semasa gangguan makroekonomi ini, kami mengalami permintaan kukuh untuk produk kami dan terus meningkatkan portfolio pengkhususan kami. Kami telah memperkemas organisasi dengan lebih lanjut untuk memaksimumkan kecekapan operasi sebagai sebahagian daripada program penjimatan Cost Smart kami, yang sejajar untuk mencapai sasaran penjimatan tahun 2020 kami. Berikutan penutupan suku ini, kami telah memajukan Driving Growth Roadmap, mengumumkan pemerolehan PureCircle yang belum selesai, peneraju global dalam bidang pemanis stevia semula jadi berkeamatan tinggi yang mengembangkan keupayaan kami dalam pengurangan gula,” sambung Zallie.“Pada suku tahun kedua, kami menjangkakan permintaan yang tinggi untuk bahan yang terdapat dalam produk makanan tradisional dibungkus terutamanya yang dijual secara runcit. Namun, pandemik ini telah menjejaskan trafik perkhidmatan makanan secara ketara dan kami menjangkakan volum berkurangan bagi bahan yang diformulasikan dalam hidangan perkhidmatan makanan dan minuman yang dimakan di luar rumah,” kata Zallie.“Walaupun kami menghadapi faktor tidak diketahui yang belum pernah dialami sebelum ini, saya yakin dengan ketangkasan pasukan kami untuk menghadapi cabaran unik yang mendatang dan menyesuaikan diri dengan pantas untuk memastikan kedudukan perniagaan kami untuk pertumbuhan jangka panjang dan penghasilan nilai untuk semua pemegang saham,” rumus Zallie.Pendapatan Dicairkan Sesaham (EPS)
Faktor dianggarkan yang menjejaskan perubahan dalam EPS yang dilaporkan dan dilaraskan
**Jumlah mungkin berbeza disebabkan pembundaranSorotan KewanganPada 31 Mac 2020, jumlah hutang serta wang tunai dan pelaburan jangka masa pendek masing-masing ialah $1.9 bilion dan $280 juta berbanding $1.8 bilion dan $268 juta pada 31 Disember 2019. Sebab utama peningkatan jumlah hutang adalah masa peminjaman.Wang tunai daripada operasi setakat 31 Mac 2020 ialah $65 juta, meningkat $47 juta berbanding tempoh pada tahun lalu, terutamanya didorong oleh perubahan yang dipertingkatkan dalam modal kerja.   Kos kewangan bersih ialah $18 juta atau $4 juta lebih rendah pada suku tahun pertama berbanding tempoh pada tahun lalu, berpunca daripada perbelanjaan faedah lebih rendah.Kadar cukai efektif yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun ini masing-masing ialah 42.6 peratus dan 26.0 peratus berbanding kadar cukai efektif yang dilaporkan dan dilaraskan, iaitu masing-masing 26.6 peratus dan 27.1 peratus bagi tempoh pada tahun lalu. Peningkatan dalam kadar yang dilaporkan adalah disebabkan peruntukan cukai diskret sebanyak $22 juta yang didorong oleh 24 peratus penurunan nilai peso Mexico berbanding dolar A.S. pada suku tahun pertama.Perbelanjaan modal bagi suku tahun pertama ialah $98 juta, meningkat $18 juta sejak tempoh setahun yang lalu disebabkan masa bayaran tunai yang dibuat untuk menyokong pelaburan kami dalam protein berasaskan tumbuhan dan projek pertumbuhan lain.Pada 9 April 2020, Syarikat mengumumkan perjanjian untuk memperoleh PureCircle, sebuah syarikat Bermuda yang didagangkan di Bursa Saham London. Transaksi tersebut dijangka akan selesai semasa suku tahun ketiga tahun 2020 tertakluk pada peraturan, kelulusan pemegang saham dan syarat selesai lain.Ulasan PerniagaanJumlah Ingredion
Jualan Bersih
Pendapatan Operasi DilaporkanPendapatan Operasi DilaraskanJualan BersihJualan bersih suku tahun pertama adalah rata berbanding tempoh pada tahun lalu kerana gabungan harga yang menguntungkan diimbangi dengan kesan pertukaran asing. Tidak termasuk kesan pertukaran asing, jualan bersih meningkat 3 peratus.Pendapatan operasiPendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan untuk suku tahun ini masing-masing ialah $153 juta dan $167 juta, iaitu masing-masing menurun sebanyak 5 peratus dan 1 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan pendapatan operasi yang dilaporkan adalah disebabkan oleh penutupan aset dan kos penstrukturan semula berkaitan Cost Smart yang sebahagiannya diimbangi dengan gabungan harga yang dipertingkatkan. Peningkatan pendapatan operasi yang dilaraskan adalah disebabkan oleh gabungan harga yang dipertingkatkan. Tidak termasuk kesan pertukaran asing, pendapatan operasi yang dilaraskan sebanyak 4 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.Pendapatan operasi yang dilaporkan bagi suku tahun pertama adalah lebih rendah daripada pendapatan operasi yang dilaraskan sebanyak $14 juta, didorong oleh penutupan aset dan kos penstrukturan semula berkaitan Cost Smart.Amerika Utara
Jualan Bersih
Pendapatan operasi segmenPendapatan operasiPendapatan operasi bagi suku tahun pertama ialah $125 juta, rata berbanding tahun lalu. Gabungan harga yang dipertingkatkan dan volum bahan khusus yang lebih tinggi diimbangi dengan kos jagung yang lebih tinggi berikutan perlindungan tanda ke pasaran.Amerika Selatan
Jualan Bersih
Pendapatan operasi segmenPendapatan operasiPendapatan operasi bagi suku tahun pertama ialah $26 juta, iaitu peningkatan sebanyak $8 juta berbanding tahun lalu. Gabungan harga yang lebih menguntungkan serta volum lebih tinggi berbanding imbangan kos bahan mentah dan kesan mata wang asing.  Tidak termasuk kesan mata wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat 61 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu. NOTA: Argentina menyumbang dalam USD di bawah perakaunan hiperinflasi.Asia-Pasifik
Jualan Bersih
Pendapatan operasi segmenPendapatan operasiPendapatan operasi bagi suku tahun pertama ialah $20 juta, rata berbanding dengan tahun lalu.  Kesan negatif gangguan COVID-19 pada volum diimbangi dengan kos pengendalian yang lebih rendah.Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA)Jualan BersihPendapatan operasi segmenPendapatan operasiPendapatan operasi bagi suku tahun pertama ialah $27 juta, meningkat sebanyak $3 juta berbanding tahun lalu memandangkan gabungan harga yang lebih menguntungkan adalah lebih tinggi berbanding kesan mata wang asing. Tidak termasuk kesan mata wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat 21 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.DividenPada bulan Mac 2020, Syarikat telah mengekalkan dividen suku tahunan pada $0.63 sesaham dan dividen berbayar sebanyak $42 juta pada suku tahun pertama.Ramalan 2020Disebabkan ketidakpastian COVID-19, Syarikat telah menentukan bahawa panduan yang sebelumnya bagi ramalan EPS tahun 2020, aliran tunai dari operasi dan jualan bersih tidak lagi boleh diguna pakai. Kesan COVID-19 dalam suku pertama adalah agak sederhana. Kami mendapati volum lebih tinggi dalam saluran tradisional kerana pengguna telah memenuhkan pantri untuk bersedia menghadapi sekatan duduk di rumah dan kami menjangkakan saluran ini akan terus berprestasi baik. Walau bagaimanapun, ketidakpastian ketara yang wujud dalam sektor perkhidmatan makanan berkenaan waktu dan kelajuan trafik pengguna mula kembali. Di Amerika Selatan, pandemik masih berada pada peringkat awal dan kami menjangkakan kesan negatif yang ketara terhadap perkhidmatan makanan, kilang dan sektor konfeksi. Di Amerika Utara, kami menjangkakan pengurangan permintaan dalam volum perkhidmatan makanan dan khususnya di Mexico, volum kilang bir yang meleset akibat pelaksanaan perintah COVID-19.Di EMEA, kami menjangkakan jualan khusus yang kukuh di Eropah tetapi volum yang lebih lemah di Pakistan. Di Asia Pasifik, kami akan menyaksikan pemulihan permintaan yang agak kukuh sementara sekatan dibatalkan. Walau bagaimanapun, terlalu awal untuk menentukan sama ada pemulihan akan berkekalan.Untuk tahun penuh, kami menjangkakan kadar cukai yang dilaporkan sebanyak 28.5 peratus hingga 32 peratus dan julat kadar cukai efektif dilaraskan kira-kira 26 peratus hingga 27 peratus.Pelaburan modal yang komited dijangka adalah antara $285 juta hingga $305 juta dengan anggapan bahawa pesanan peralatan, akses kepada tapak kami dan keselamatan kontraktor boleh dikekalkan.Panggilan Persidangan dan Butiran Siaran Web
Ingredion akan mengadakan panggilan persidangan pada hari ini pada pukul 9 pagi Waktu Timur (8 pagi Waktu Tengah) yang dihoskan oleh Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif bersama-sama dengan James Gray, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai kewangan. Panggilan tersebut akan disiarkan dalam web pada masa nyata dan pembentangan visual yang boleh diakses melalui laman web Ingredion juga akan disertakan di https://ir.ingredionincorporated.com/ di bahagian “Events and Presentations” di bawah “News and Events.” Pembentangan akan tersedia untuk dimuat turun beberapa jam sebelum panggilan bermula. Main semula siaran web akan tersedia untuk masa terhad di https://ir.ingredionincorporated.com/.
Komunikasi Akan Datang
Jim Zallie dan James Gray akan mengambil bahagian secara maya dalam persidangan BMO Farm to Market pada 13 Mei 2020 pukul 11:20 pagi Waktu Timur.  Pembentangan akan tersedia di laman web Syarikat, https://ir.ingredionincorporated.com/, di bahagian “Events and Presentations” di bawah “News and Events.”  Selain itu, Ingredion akan mengadakan mesyuarat tahunan pemegang saham mereka secara maya pada hari Rabu, 20 Mei 2020 pukul jam 9:00 pagi Waktu Tengah. Mesyuarat tahunan tersebut boleh diakses dengan melawati www.virtualshareholdermeeting.com/INGR2020.
Perihal Syarikat
Ingredion Incorporated (NYSE: INGR) yang beribu pejabat di subbandar Chicago ialah peneraju global pembekal penyelesaian bahan yang berkhidmat untuk pelanggan di lebih daripada 120 buah negara. Dengan jualan bersih tahunan lebih $6 bilion pada 2019, Syarikat memproses biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan berasaskan tumbuhan lain menjadi penyelesaian bahan tambah nilai untuk makanan, minuman, pemakanan haiwan, pembuatan bir dan industri pasaran industri. Dengan pusat inovasi Ingredion Idea Labs® di seluruh dunia dan lebih 11,000 pekerja, Syarikat bekerjasama dengan pelanggan dan memenuhi tujuan menggabungkan potensi manusia, alam semula jadi dan teknologi untuk kehidupan lebih baik. Lawati ingredion.com untuk maklumat lebih lanjut dan berita terkini Syarikat.
Pernyataan Prospektif
Siaran berita ini mengandungi atau mungkin mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 sebagaimana yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 sebagaimana yang dipinda. Syarikat memaksudkan pernyataan prospektif untuk dilindungi oleh peruntukan pelabuhan selamat bagi pernyataan tersebut.
Pernyataan prospektif merangkumi antara lain, sebarang pernyataan berkenaan jangkaan Syarikat berkenaan kadar cukai yang berkesan dan pelaburan modal yang komited untuk 2020 dan sebarang tanggapan, jangkaan atau kepercayaan yang akan mendasari perkara disebut di atas. Pernyataan ini kadangkala dapat dikenal pasti melalui penggunaan perkataan prospektif, seperti “mungkin”, “akan”, “perlu”, “menantikan”, “menganggap”, “yakin”, “merancang”, “mengunjurkan”, “menganggar”, “mengharap”, “berniat”, “terus”, “proforma,” “meramal”, “menjangka”, “mendorong”, “peluang”, “potensi”, “sementara” atau ungkapan lain yang serupa atau negatif. Semua pernyataan selain pernyataan fakta sejarah dalam siaran ini atau dirujuk dalam siaran ini ialah “pernyataan prospektif.”Pernyataan ini berdasarkan keadaan atau jangkaan semasa, tetapi tertakluk pada risiko dan ketidakpastian inheren tertentu yang kebanyakannya sukar untuk diramal dan berada di luar kawalan kami. Walaupun kami yakin bahawa jangkaan kami yang digambarkan dalam pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan anggapan yang munasabah, pelabur diperingatkan bahawa kami tidak dapat memberikan jaminan bahawa jangkaan kami akan terbukti benar.Hasil dan pembangunan sebenar mungkin berbeza secara material daripada jangkaan yang dinyatakan dalam atau dinyatakan oleh pernyataan prospektif kami akibat risiko dan ketidakpastian berikut, antara lain:  mengubah keutamaan pemakanan dan persepsi, termasuk yang berkaitan dengan sirap jagung tinggi fruktosa; kesan keadaan ekonomi global dan politik secara umum, ekonomi, perniagaan dan keadaan pasaran yang mempengaruhi pelanggan dan pengguna di pelbagai rantau geografi dan negara di tempat kami membeli bahan mentah atau mengeluarkan atau menjual produk kami termasuklah, terutamanya, ekonomi, mata wang dan keadaan politik di Amerika Selatan dan keadaan ekonomi dan politik di Eropah dan kesan faktor ini mungkin terhadap volum jualan kami, harga produk kami, akses kami kepada pasaran kredit dan keupayaan kami untuk mengumpulkan belum terima daripada pelanggan kami; perubahan buruk dalam pulangan pelaburan yang diperoleh pada aset pencen kami; prestasi kewangan masa hadapan industri utama yang kami berikan khidmat dan daripadanya kami memperoleh bahagian jualan yang ketara termasuk makanan, minuman, pemakanan haiwan dan industri pembuatan bir; ketidakpastian penerimaan produk yang dibangunkan melalui pengubahsuaian genetik dan bioteknologi; keupayaan kami untuk membangunkan atau memperoleh produk dan perkhidmatan baharu pada kadar atau kualiti yang mencukupi untuk memenuhi jangkaan; perubahan dalam dasar kerajaan, undang-undang atau peraturan bagi kerajaan A.S. dan kerajaan asing serta kos pematuhan undang-undang; persaingan yang meningkat dan/atau tekanan pelanggan dalam industri penulenan jagung dan industri berkaitan, termasuklah berkaitan pasaran dan harga produk utama kami dan produk bersama terutamanya minyak jagung; ketersediaan bahan mentah, termasuk kanji kentang, ubi kayu, gam Arab dan pelbagai jenis jagung khusus berkenaan asas bagi sesetengah produk kami dan keupayaan kami untuk meningkatkan kos jagung atau bahan mentah lain kepada pelanggan; kos bahan mentah dan tenaga serta ketersediaan; keupayaan kami untuk menanggung kos, mencapai bajet dan merealisasikan jangkaan kerjasama, termasuk keupayaan kami untuk melengkapkan penyelenggaraan terancang dan projek pelaburan tepat pada masanya dan pada bajet dan mencapai penjimatan yang dijangka di bawah program Cost Smart kami serta berkenaan kos muatan dan kos penghantaran; kesan pasaran kewangan dan modal terhadap kos pinjaman kami, termasuk akibat naik turun mata wang asing, turun naik kadar faedah dan kadar pertukaran dan ketaktentuan pasaran dan risiko berkaitan perlindungan nilai daripada naik turun sedemikian; potensi kesan terhadap perubahan iklim; keupayaan kami untuk mengenal pasti dan menyiapkan pemerolehan secara berjaya atau kerjasama strategik terhadap terma yang menguntungkan serta keupayaan kami untuk berjaya menyepadukan perniagaan yang diperoleh atau melaksanakan dan mengekalkan kerjasama strategik dan mencapai sinergi yang diharapkan berhubung semua yang disebut di atas; kesukaran pengendalian di loji pengeluaran kami atau berkaitan kebolehpercayaan dandang; risiko berkaitan keselamatan dan kualiti produk dan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan keselamatan persekitaran, kesihatan dan makanan; risiko ekonomi, politik dan risiko lain yang wujud dalam pengendalian di negara asing dengan mata wang asing dan produk penghantaran antara negara, termasuk yang berkaitan tarif, kuota dan duti; gangguan, pelanggaran keselamatan atau kegagalan yang mungkin menjejaskan sistem teknologi maklumat, proses dan tapak kami; keupayaan kami untuk mengekalkan hubungan tenaga kerja yang memuaskan; kesan cuaca, bencana alam, perang atau tindakan permusuhan yang sama, tindakan dan ancaman keganasan, serangan atau keterusan pandemik seperti COVID 19 dan peristiwa penting lain yang boleh menyebabkan perniagaan kami; menghadapi potensi kemungkinan caj rosot pada aset yang dijalankan dengan baik atau jangka panjang; perubahan dalam kadar cukai kami atau pendedahan kepada liabiliti cukai pendapatan tambahan; dan keupayaan kami untuk mengumpul dana pada kadar yang munasabah untuk berkembang dan meluaskan operasi kami.Pernyataan prospektif kami hanya memberikan gambaran mulai tarikh pengeluaran dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan selepas tarikh pernyataan berikutan maklumat baharu atau peristiwa atau perkembangan pada masa hadapan. Jika kami mengemas kini atau membetulkan satu atau lebih pernyataan ini, pelabur dan pihak lain tidak boleh menyimpulkan bahawa kami akan membuat kemas kini atau pembetulan tambahan. Untuk penerangan lanjut berkenaan risiko ini dan risiko lain, lihat “Faktor Risiko” yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 dan laporan berikutnya pada Borang 10-Q dan 8-K.





ORANG HUBUNGAN:
Pelabur:
  Tiffany Willis, 708-551-2592
Media:  Becca Hary, 708-551-2602

Bay Street News